WELCOME TO MY PAGE!!!!

SO, THIS IS WHAT WE CALL LIFE!!

Thursday, January 28, 2010

MUTIARA HATI

Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur. * Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. * Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA. * Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan. * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama. * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap. * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar. * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang . * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia. * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. * Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama. * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan. * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

No comments:

Post a Comment